Sunday, 21 June 2015

Last Minute kerja memang stress


Kebanyakan student memang suka buat kerja last minute ni termasuk aku. Atas alasan sibuk sebab tu buat kerja last minute padahal tak da lah sibuk teqa mana pun. Since dari diploma lagi aku amalkan stil tak berubah2 hehe. Dah jadi rutin every semester. Nak buat macam mana kan jadi habit dah. Bila buat last minute punya kerja macam2 lah hal timbul effect dia tu mau tanggung sendiri lah kan. Migrain, stress campuq lagi masalah personal mau tak stress nya. Lahai tapi aku tak pernah serik buat bnda tu hehe. 



Lepas tu, bila  tinggal 2 hari lagi nak hantar esaimen , mula lah sibuk sana sini cari bahan. Google sana sini, cari buku sana sini. Lepas tu, Bila encik Google tak dapat berikan maklumat yang diperolehi,mula stress maki sana sini haha. Ni semua member aku pernah buat :D 
Task tu lecturer bagi lama dah, tapi orang kata, mood nak buat kerja belum tiba. Mood online fb dan berjoli je ada. Esok nak hantar baru mood datang; baru nak kalut start buat.Lepas tu tak tidur 1 malam gara-gara assignment yang nak kena siapkan.  Typical university student style. normal lah kan haha!




Sebagai ingatan kepada diri sendiri, rakan rakan, facebooker, rakan blogger, rakan twitter, adik-adik yang baru jejak masuk University, kuatkan iman pasang tekad. Jangan buat Assigment last minute ye mata yang cantik2 tu jadi panda nanti.