17 Disember 2018 Tarikh keramat bagi Bomba Dan Penyelamat Malaysia diatas kehilangan sorang "wira" anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang Jaya, Muhammad Adib, 24, akibat diserang dan pukul hingga parah ketika rusuhan di tapak kuil Sri Maha Mariamman di USJ 25, Seafield, Subang Jaya 27 November 2018 lalu.
Ya Allah sungguh sedih mendengar kematian beliau yang sungguh menyayat hati. Saat melihat kedua-dua ibu bapanya yang sedang menanti di Kampung halaman dan seorang tunang yang menunggu bakal suami nya untuk pulih kerana bagi melansungkan perkahwinan mereka beberapa hari sahaja lagi sebelum allahyarham Muhammad Adib meninggal dunia. Allahu Akbar semoga keluarga arwah kuat untuk menempuh dugaan ini. Aku hanya netizen pun menitis airmata setiap kali membaca, mendengar, melihat segala berita tentang kematiannya apatah lagi keluarga dan teman-teman rapatnya.
“Sehingga kini, keadilan dan pembelaan terhadap Muhammad Adib belum dirungkai dan tiada tindakan lanjut seolah-olah ada ‘tangan ghaib’ melindungi pesalah yang membuat huru hara ketika rusuhan berkenaan. Aku cuma berharap kematian wira ini mendapat keadilan yang sewajarnya.
Friday, 21 December 2018
Thursday, 20 December 2018
UjianMu
Dari benak hati yang terpencil
Saat kita
diuji cubaan yang hebat, tanpa kita sedar ada orang lain yang diuji lagi hebat
dari ujian kita. Namun masihkah kita sedar akan nasib dan perjalanan hidup kita
lebih baik berbanding mereka. Mereka tiada tempat berteduh, tiada pakaian yang
cantik, makanan tidak mencukupi dan sebagainya. Ya Allah hebatnya mereka boleh
melalui nya dengan cekal dan tabah. Kita walau diuji sedikit kehilangan sudah
berputus asa, terlalu berduka sehingga kita lupa dunia ini hanyalah sementara.
Kita tidak seharusnya alpa. Dunia hanyalah pinjaman untuk seketika. Jadi
bersyukurlah jika kamu diberi peluang untuk bernafas hari ini menghirup
udara-udara segar, menikmati keindahan panorama ciptaan Allah dan meluangkan
masa dengan ahli keluarga mahupun sahabat handal.
Subscribe to:
Posts (Atom)