Assalamualaikum, tahun ni tak dak entry lagi, tak sempat nak update blog ni. hehe. Apa-apa pun alhamdulillah kita berkesempatan lagi menyambut @menunaikan puasa di bulan Ramadan ini. Sama-sama kita memperbanyakkan amalan di bulan mulia ini, InsyaAllah.
Bertuba-tuba ujian kecil saya hadapi dalam bulan Ramadan ini, tetapi Alhamdulillah masih tetap sabar dan redha dengan takdir ilahi. Cuma saya berharap agar disebalik semua ujian ini aada tersimpan seribu kegembiraan pada masa akan datang, mudah-mudahan...Aminn... Antara salah satu ujian yang saya hadapi ialah ujian kewangan dimana pengeluaran tunai tidak berjaya dikeluarkan dari mesin ATM tetapi bakinya ditolak dari akaun. Allahu RM 700 amaun tu, dalam masa 14 hari baru dapat balik refund tu dari bank. Hanya Tuhan yang tahu macam mana saya memerlukan duit ketika ini dengan raya yang bakal tiba, tetapi atas sifat sabar saya pujuk hati dan percaya semua tu ada hikmah.
Ujian kedua pula ialah saya kena tipu dengan seller online. Mungkin ini atas kelalaian saya sendiri kerana saya tidak melakukan pemerhatian dan dapat kan maklumat dulu berkenaan seller tersebut. Walaupun selama ini saya sudah terlalu banyak membuat pembelian atas talian, tetapi kali ini saya tertipu juga. Allah memang dugaan. Tanda-tanda bila kau rasa seller tu tak jujur, perasaan ragu2 sentiasa datang dalam fikiran, tetapi time tu saya dah transfer kan duit bayaran tu RM 90. Mungkin amaun tu tak banyak mana tetapi bagi saya perit juga lah. Seller ni dia jual handbag, tanda-tanda bila seller tu memang tipu anda :
1) Tidak bagi tracking no selepas dia cakap barang dah di pos, dia akan cakap hq yang pos nanti dia bagi,
2) Bila you all minta lagi keesokannya, tetapi chatnya tidak dibalas, dan bila di call pun no sudah tidak ada di talian. you all rasa, memang panas lah sis ketika itu.
Finally Allah nak tunjuk yang selama ni sis ragu2 tentang urusan dengan dia, page seller yang sis beli tu dah direport di fb oleh customer2 lain. Allahu Akbar...Serius sis tak sangka, jahatnya seller tu, ramainya yang kena tipu.
Sis nak pesan lah kat korang kalau nak beli barang online tu pastikan baca review, dan siasat dulu maklumat berkaitan seller tu atau page dia, menyesal tak sudah sis. hehe..lepas ni sis dah trauma nak beli online hahahah.. Apa-apa pun sis anggap semua ni ujian buat sis, sis sabar, redha dan tawakal semoga Allah sentiasa melindungi sis daripada perkara-perkara camni...Aminn...