Saturday, 17 November 2018

Gugurnya Airmata

Kali ini aku menulis halaman ini dengan rasa dan perasaan yang amat kecewa. Hanya Allah yang lebih mengetahui segalanya dengan apa yang berlaku. Ya Allah 17/11/2018 telah meragut hatiku membuat aku menitis airmata oleh kerana dia, dia yang aku sayangi. Kenapa mesti terjadi macamni sedangkan kau tak pernah pun tunjuk tanda-tanda yang boleh buat aku curiga. Akhirnya melalui pertolongan Allah perkara itu diketahui oleh aku. Perkara yang amat sedih yang membuat hatiku menjerit dan menangis. Tiada apa yang dapat ku nyatakan Ya Allah selain menangis . Mungkin korang tertanya-tanya kenapa dan apa yang dia telah buat kepadaku...Biarlah ia menjadi rahsia antara aku dan dia dan kawan-kawan yang mengetahui. Aku hanya berharap semoga aku sentiasa dibawah lindungan Allah dan sentiasa hidup dalam keberkatan . Aminn....



Rezeki Dari Allah

Last post aku ada mention aku hanya pekerja separuh masa di satu tempat ni, finally alhamdulillah aku diterima sebagai pekerja sepenuh masa di situ. Syukur sangat selaku graduan menganggur zaman ini susah nak cari kerja. Hanya sebagai Asisstant Manager aku terima tawaran tersebut.

Itulah orang katakan rezeki tu dari Allah , bersyukurlah apa pun rezekimu...Rezekiku kali ini hanyalah ditempat kelahiran tambahan lagi dekat juga dengan rumah sendiri. dekat dengan family...Alhamdulillah...