Friday, 25 August 2017
Risau...
Saat memikirkan masa depan yang belum tentu kita ketahui...
Aku risau...risau jika aku gagal untuk capai apa yang aku impikan..
zaman global sekarang amat susah untuk mencari kerja...Duhai hati kuatlah dan berusahalah kearah destinasi yang ingin kau capai...
Tabah, kuat, usaha, doa dan tawakkal itu yang perlu kau sematkan di dalam hati...
Jodoh, pangkat, harta, dan lain-lain aku serahkan pada Ilahi...
Semoga aku berjaya capai apa yang aku kehendaki...
Wednesday, 21 June 2017
Raya Menjelang Tiba
jom nyanyi lgu raya
Perjalanan jauh tak ku rasa
Kerna hati ku melonjak sama
Ingin berjumpa sanak saudara
Yang selalu bermain di mata
Kerna hati ku melonjak sama
Ingin berjumpa sanak saudara
Yang selalu bermain di mata
Nun menghijau gunung ladang dan rimba
Langit nan tinggi bertambah birunya
Deru angin turut sama berlagu
Semuanya bagaikan turut gembira
Langit nan tinggi bertambah birunya
Deru angin turut sama berlagu
Semuanya bagaikan turut gembira
Balik kampung oh oh…( 3X )
Hati girang
Ho ho… Balik kampung (3X)
Hati girang
Hati girang
Ho ho… Balik kampung (3X)
Hati girang
Terbayang wajah-wajah yang ku sayang
Satu-satu tersemat di kalbu
Pasti terubat rindu di hati
Menyambut kepulangan ku nanti
Satu-satu tersemat di kalbu
Pasti terubat rindu di hati
Menyambut kepulangan ku nanti
Thursday, 18 May 2017
Pre Convo 2017
Disini aku mulakan coretan dengan sedikit luahan hati yang sedih. Kalau korang perasan dalam post aku sebelum ni berkaitan seorang sahabat yang telah pergi dijemput ilahi. Sahabat Dunia Akhirat dari diploma hingga lah ke degree, sahabat susah senang bersama. Kalalu boleh semua benda yang aku coret ada kaitan dengannya kerana dia telah memberi kami semua kenangan yang terindah yang memang tidak dapat aku lupakan. Kenangan yang akan sentiasa terpahat di hati. Pre convo kali ini aagak suram oleh kerana tiada cahaya seorang sahabat yang periang, gila-gila, banyak coleteh dan kelakar. Kami terus dengan kumpulan seperti selalu iaitu kekurangan seorang ahli jadilah 8 semuanya. bila time ambik jubah the whole group akan berjajni untuk gathering bersama2 shoot picture sma2 sebagai kenagan tapi kali ini bagi group kami agak sedih kerana bearwah tidak dapat bersama2 dgn kami. Apa2 pun segala yang berlaku ada hikmahnya. Semoga roh beliau sentiasa dicucuri rahmat dan dipelihara olehNYA. Di bawah aku sertakan beberapa keping gambar pre convo yang telah kami hasilkan....thanks for reading dan singgah blog alin..
Friday, 12 May 2017
Tanda Allah Masih Sayang
Kita terlalu mengejar duniawi mencari harta, mencari pangkat, tanpa peduli apa itu makna kehidupan.Kita terlalu alpa sehingga lupa pahala dan dosa serta hari2 akhirat yang bakal kita kunjungi Suatu masa nanti... Kita lalai dalam mengejar Cinta Ilahi dan SuruhanNya. Tatkala kita lupa akan tanggungjawab dan ibadah terhadapNya Dia datangkan ujian untuk menyedarkan kita yang kita telah lupa kepadaNya...Kita selalu lewat dalam mengerjakan solat, tidak berpuasa, tidak mengeluarkan zakat sedangkan kita tahu semua itu kewajipan kita...Ya Allah kau ampunikanlah kami semua, lindungikanlah kami dari segala mala petaka bencanaMu..Kami memohon Redha Mu Ya Allah...Engkau Maha Penyayang lagi Maha Pengampun...
Aku hamba Mu yang selalu melakukan dosa tanpa sedar ataupun tidak...Semoga aku sentiasa di bawah lindunganMu Ya Allah...Amin Ya Rabbal Alamin...
Puisi buat Sahabat yang Jauh di Mata Tapi dekat dihati
Sahabat yang Jauh di Mata Tapi dekat dihati
Tatkala mendapat berita tentang kehilangan mu yang telah dijemput Ilahi...
Aku terkedu, terkejut seperti dihempap pohon yang besar...
Aduh...Sakitnya, pedihnya...
Mengapa sangat pantas masa berlalu...
hingga aku tak sedar masa bersama denganmu sudah tamat...
Mengapa hanya sekejap Allah pinjamkan kau untuk kami semua...
Kami semua rindukan kau sahabat...
Rindu gelak tawamu...
Rindu celoteh dan nasihat darimu...
Kenakalanmu dan kelucuanmu yang selalu menggamit perhatian kami semua...
Subscribe to:
Posts (Atom)