Weekend Spent Well
Actually last minit planning dengan member sis sorang tu, Syima nama dia..Dia ni selalu hiking kalau weekend...Alkisahnya, sis nampak status whatsapp dia cakap sabtu nak hiking Bukit Mok Cun, then terus terdetik nak join sekali..haha..terus deal dengan dia...lepas tu sepupu sis pun dengan excitednya ajak sekali sepupu sis yang dua orang tu...depa pun nak join jugak...hahah on selalu
14 Disember 2019 (Sabtu)
Perjalanan bermula dalam jam 8 lebih kalau sis tak silap, kami mendaki bukit tersebut...Pendakian ini disertai oleh 6 orang iaitu 5 orang perempuan dan seorang lelaki (kami punya adik guide) hehe. Khalif nama dia. Pendakian tu ambik masa ikut kemampuan dan kepantasan kita sendiri, kalau kita seorang yang cepat dan pantas dalam melalui halangan sepanjang pendakian tersebut, cepatlah kita sampai. Bukit nie trail dia berbatu-batu dan memerlukan keyakinan yang tinggi.
Ini pengalaman pertama sis hiking Bukit Mok Cun ni, enjoy dan best sangat sebab dapat pengalaman baru kan. Perasaan takut tu kena buang sikit kalau dak tak sampai la kat atas tu. lagi satu sis belajar untuk tidak berputus asa, walaupun hampir berputus asa, hahah..Tenkiu jugak sis ucapkan kepada syima dan adik Khalif atas guide dan support, tetap sabar menunggu sis2 nie...berejam2 nk panjat pun...Walaupun part last tu depa prepare tangga but seram guys kalau hampa jenis gayat..hahah.apa2 pun weekend sis spent well..Great Experiences. Jom sis belanja sikit gambar-gambar haritu...