Sunday, 18 August 2013

Perempuan mudah menangis.  .





Lelaki 1: Aku tak faham betul dengan perempuan la. Asyik nak menangis je, asal ada masalah je nangis, yang paling pelik tu gembira pun nak nangis. hahaha.


Lelaki 2 : Perempuan ni memang lemah, hati lembut macam jelly mudah sangat hancur. Menangis tu kira sahabat dia la.ish..ish..Kalau tak menangis tak sah.


Lelaki 3 : Semua perempuan memang suka menangis tanpa alasan.


Di atas mungkin sindiran dan kemusykilan bagi lelaki terhadap perempuan, kenapa perempuan mudah menangis?


Bagi aku, perempuan menangis bukan kerana lemah atau menangis dengan suka-suka. Perempuan menangis kerana ada alasan dan sebabnya.! Aku sendiri sering juga menangis untuk melepaskan emosi dan kekecewaan yang melanda. Menangis adalah terapi emosi yang paling mujarab untuk menghilang rasa tekanan yang melanda.


Silap andai ada yang menyatakan perempuan menangis kerana lemah! Ketahuilah tangisan adalah lambang kekuatan dan perisai bagi wanita untuk menahan bebanan bukannya lemah. Melepaskan bebanan yang ada dengan menangis dapat mengumpulkan kembali kekuatan untuk kembali normal.


#so jangan cakap perempuan lemah ya :')

No comments:

Post a Comment