Sunday, 9 February 2020

Pantai Jerejak Port Cantik Kaki Selfie



  • 8 Februari 2020
  • Minggu ke 2 (hari cuti sis)
  • Pantai Jerejak (Pulau Pinang)

Actually dah lama nak pergi dekat situ since terlalu excited nak tengok tempat-tempat cantik kaki selfie bergambar kan. Yelah mana tak nya asyik lalu kot wall sis hari-hari pantai jerejak ni..So this weekend sebab cuti sis terus ajak kawan sis terjah situ. 

Dari Kuala Nerang sis singgah lunch dulu di Mee Udang Sungai Dua tak ingat dah sis apa nama kedai tu, tapi not bad la sebab taste dia kena tekak sis. 




Next baru kitaorang terus ke Jetty nak ke Pantai Jerejak. Sampai sana punya lah nak beratur beli tiket ramai tau...Tiket bot seorang RM 20 (Pergi dan balik). Kita dapat Rm 5 Voucher untuk minuman uolls boleh claim kat gerai kat Pantai Jerejak tu nanti. Dia punya masa bot pergi dan balik tu sejam sekali uolls. 





Kitaorang naik bot pada jam 2.30 petang. Perjalanan pergi dari Jetty ke Pantai tu tak sampai setengah jam pun uolls. Best lama dah sis tak naik bot. Last naik bot masa p island tour Langkawi beberapa taun yang lepas. 

Tiba ja kat sana , wow not bad la...banyak port selfie yang awsome2...memandangkan tempat tarikan pelancong , nak selfie kena tunggu turn uolls, ramai pun sis gagah kan juga tunggu tau...kalau tidak rugi la sis datang jauh kot hihi...So potografer sis tolong tangkap kan pic sis...huhu...sis pilih2 ja yang mana sis suka...tak semua port pun sis selfie huhu...just ambik yang mana berkenan di hati ja..
uolls jgn jemu ye tengok pic sis...















tak payah pergi thailand ka Bali dah uolls hihi



Walaupun panas litlit ...fotografer sis gigih tau tangkap gambar sis hihi...
Setakat tu ja guys...thanks sudi lawat blog sis...



Monday, 16 December 2019

Bukit Mok Cun Done !

Weekend Spent Well


Sudah lama sis tak mengupdate new entry, so kali ni posting sis about weekend sis spend kat mana guys...

Actually last minit planning dengan member sis sorang tu, Syima nama dia..Dia ni selalu hiking kalau weekend...Alkisahnya, sis nampak status whatsapp dia cakap sabtu nak hiking Bukit Mok Cun, then terus terdetik nak join sekali..haha..terus deal dengan dia...lepas tu sepupu sis pun dengan excitednya ajak sekali sepupu sis yang dua orang tu...depa pun nak join jugak...hahah on selalu

14 Disember 2019 (Sabtu)

Perjalanan bermula dalam jam 8 lebih kalau sis tak silap, kami mendaki bukit tersebut...Pendakian ini disertai oleh 6 orang iaitu 5 orang perempuan dan seorang lelaki (kami punya adik guide) hehe. Khalif nama dia. Pendakian tu ambik masa ikut kemampuan dan kepantasan kita sendiri, kalau kita seorang yang cepat dan pantas dalam melalui halangan sepanjang pendakian tersebut, cepatlah kita sampai. Bukit nie trail dia berbatu-batu dan memerlukan keyakinan yang tinggi. 

Ini pengalaman pertama sis hiking Bukit Mok Cun ni, enjoy dan best sangat sebab dapat pengalaman baru kan. Perasaan takut tu kena buang sikit kalau dak tak sampai la kat atas tu. lagi satu sis belajar untuk tidak berputus asa, walaupun hampir berputus asa, hahah..Tenkiu jugak sis ucapkan kepada syima dan adik Khalif atas guide dan support, tetap sabar menunggu sis2 nie...berejam2 nk panjat pun...Walaupun part last tu depa prepare tangga but seram guys kalau hampa jenis gayat..hahah.apa2 pun weekend sis spent well..Great Experiences. Jom sis belanja sikit gambar-gambar haritu...













Friday, 24 May 2019

Ujian di Bulan Ramadan Kareem

Assalamualaikum, tahun ni tak dak entry lagi, tak sempat nak update blog ni. hehe. Apa-apa pun alhamdulillah kita berkesempatan lagi menyambut @menunaikan puasa di bulan Ramadan ini. Sama-sama kita memperbanyakkan amalan di bulan mulia ini, InsyaAllah.

Bertuba-tuba ujian kecil saya hadapi dalam bulan Ramadan ini, tetapi Alhamdulillah masih tetap sabar dan redha dengan takdir ilahi. Cuma saya berharap agar disebalik semua ujian ini aada tersimpan seribu kegembiraan pada masa akan datang, mudah-mudahan...Aminn... Antara salah satu ujian yang saya hadapi ialah ujian kewangan dimana pengeluaran tunai tidak berjaya dikeluarkan dari mesin ATM tetapi bakinya ditolak dari akaun. Allahu RM 700 amaun tu, dalam masa 14 hari baru dapat balik refund tu dari bank. Hanya Tuhan yang tahu macam mana saya memerlukan duit ketika ini dengan raya yang bakal tiba, tetapi atas sifat sabar saya pujuk hati dan percaya semua tu ada hikmah.

Ujian kedua pula ialah saya kena tipu dengan seller online. Mungkin ini atas kelalaian saya sendiri kerana saya tidak melakukan pemerhatian dan dapat kan maklumat dulu berkenaan seller tersebut. Walaupun selama ini saya sudah terlalu banyak membuat pembelian atas talian, tetapi kali ini saya tertipu juga. Allah memang dugaan. Tanda-tanda bila kau rasa seller tu tak jujur, perasaan ragu2 sentiasa datang dalam fikiran, tetapi time tu saya dah transfer kan duit bayaran tu RM 90. Mungkin amaun tu tak banyak mana tetapi bagi saya perit juga lah. Seller ni dia jual handbag, tanda-tanda bila seller tu memang tipu anda :

1) Tidak bagi tracking no selepas dia cakap barang dah di pos, dia akan cakap hq yang pos nanti dia bagi,

2) Bila you all minta lagi keesokannya, tetapi chatnya tidak dibalas, dan bila di call pun no sudah tidak ada di talian. you all rasa, memang panas lah sis ketika itu.

Finally Allah nak tunjuk yang selama ni sis ragu2 tentang urusan dengan dia, page seller yang sis beli tu dah direport di fb oleh customer2 lain. Allahu Akbar...Serius sis tak sangka, jahatnya seller tu, ramainya yang kena tipu.

Sis nak pesan lah kat korang kalau nak beli barang online tu pastikan baca review, dan siasat dulu maklumat berkaitan seller tu atau page dia, menyesal tak sudah sis. hehe..lepas ni sis dah trauma nak beli online hahahah.. Apa-apa pun sis anggap semua ni ujian buat sis, sis sabar, redha dan tawakal semoga Allah sentiasa melindungi sis daripada perkara-perkara camni...Aminn...



Friday, 21 December 2018

Kehilangan yang Pasti Diingati Selamanya oleh Semua

17 Disember 2018 Tarikh keramat bagi  Bomba Dan Penyelamat Malaysia diatas kehilangan sorang "wira" anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang Jaya, Muhammad Adib, 24, akibat diserang dan pukul hingga parah ketika rusuhan di tapak kuil Sri Maha Mariamman di USJ 25, Seafield, Subang Jaya 27 November 2018 lalu. 

Ya Allah sungguh sedih mendengar kematian beliau yang sungguh menyayat hati. Saat melihat kedua-dua ibu bapanya yang sedang menanti di Kampung halaman dan seorang tunang yang menunggu bakal suami nya untuk pulih kerana bagi melansungkan perkahwinan mereka beberapa hari sahaja lagi sebelum allahyarham Muhammad Adib meninggal dunia. Allahu Akbar semoga keluarga arwah kuat untuk menempuh dugaan ini. Aku hanya netizen pun menitis airmata setiap kali membaca, mendengar, melihat segala berita tentang kematiannya apatah lagi keluarga dan teman-teman rapatnya. 

“Sehingga kini, keadilan dan pembelaan terhadap Muhammad Adib belum dirungkai dan tiada tindakan lanjut seolah-olah ada ‘tangan ghaib’ melindungi pesalah yang membuat huru hara ketika rusuhan berkenaan. Aku cuma berharap kematian wira ini mendapat keadilan yang sewajarnya.  

Thursday, 20 December 2018

UjianMu


Dari benak hati yang terpencil

Saat kita diuji cubaan yang hebat, tanpa kita sedar ada orang lain yang diuji lagi hebat dari ujian kita. Namun masihkah kita sedar akan nasib dan perjalanan hidup kita lebih baik berbanding mereka. Mereka tiada tempat berteduh, tiada pakaian yang cantik, makanan tidak mencukupi dan sebagainya. Ya Allah hebatnya mereka boleh melalui nya dengan cekal dan tabah. Kita walau diuji sedikit kehilangan sudah berputus asa, terlalu berduka sehingga kita lupa dunia ini hanyalah sementara. Kita tidak seharusnya alpa. Dunia hanyalah pinjaman untuk seketika. Jadi bersyukurlah jika kamu diberi peluang untuk bernafas hari ini menghirup udara-udara segar, menikmati keindahan panorama ciptaan Allah dan meluangkan masa dengan ahli keluarga mahupun sahabat handal.

Sunday, 2 December 2018

Jodoh adalah rahsia Allah


Semua orang menginginkan pasangan hidup, sebuah perkahwinan, mendirikan rumahtangga  dan ada keluarga sendiri. That's feeling mesti ada dalam setiap manusia untuk merasa dan melalui kehidupan tersebut namun semua itu sudah menjadi aturan Allah. Jodoh merupakan rahsia Allah.

Based on observation yang kita tengok mungkin ramai yang berkahwin atas dasar cinta sama cinta, ada pula yang atas dasar keluarga namun kedua-dua itu adalah aturan dari Allah. So kita tidak boleh nak menidakkan takdir. Setengah orang still menunggu datangnya jodoh tanpa berusaha mencarinya. Mungkin dengan pengalaman yang pernah dilaluinya membuat mereka menjadi malas untuk mencari atau mencuba mereka hanya mengharapkan jodoh dari Allah. 

Usah digusari siapa jodoh anda, sesungguhnya ianya aturan dari yang Maha Esa. Berdoalah semoga dikurniakan jodoh yang baik. Aminn... 




Saturday, 17 November 2018

Gugurnya Airmata

Kali ini aku menulis halaman ini dengan rasa dan perasaan yang amat kecewa. Hanya Allah yang lebih mengetahui segalanya dengan apa yang berlaku. Ya Allah 17/11/2018 telah meragut hatiku membuat aku menitis airmata oleh kerana dia, dia yang aku sayangi. Kenapa mesti terjadi macamni sedangkan kau tak pernah pun tunjuk tanda-tanda yang boleh buat aku curiga. Akhirnya melalui pertolongan Allah perkara itu diketahui oleh aku. Perkara yang amat sedih yang membuat hatiku menjerit dan menangis. Tiada apa yang dapat ku nyatakan Ya Allah selain menangis . Mungkin korang tertanya-tanya kenapa dan apa yang dia telah buat kepadaku...Biarlah ia menjadi rahsia antara aku dan dia dan kawan-kawan yang mengetahui. Aku hanya berharap semoga aku sentiasa dibawah lindungan Allah dan sentiasa hidup dalam keberkatan . Aminn....



Rezeki Dari Allah

Last post aku ada mention aku hanya pekerja separuh masa di satu tempat ni, finally alhamdulillah aku diterima sebagai pekerja sepenuh masa di situ. Syukur sangat selaku graduan menganggur zaman ini susah nak cari kerja. Hanya sebagai Asisstant Manager aku terima tawaran tersebut.

Itulah orang katakan rezeki tu dari Allah , bersyukurlah apa pun rezekimu...Rezekiku kali ini hanyalah ditempat kelahiran tambahan lagi dekat juga dengan rumah sendiri. dekat dengan family...Alhamdulillah...

Monday, 2 July 2018

Bila jari menari



Tatkala kesunyian, kebingungan dan dihimpit pelbagai masalah jari ku lebih suka untuk mencoret di atas lembaran mahupun menari diatas keyboard. Sememangnya aku bukannya keturunan darah seni tapi aku cenderung dan berminat ke arah aliran ini. ia dapat memberi aku  kepuasan seolah-olah  melepaskan apa yang aku hajati dan aku pendami. Aku juga pernah berazam untuk menghasilkan manuskrip-manuskrip tetapi aku tidak mempunyai masa walaupun aku hanya seorang pekerja separuh masa. hehe.inshaallah nanti kalau bekesempatan nak menulis jugak lah cerpen ke...mana lah tau nanti boleh buat novel sendiri...kan..lagipun cerita cinta i lebih kurang ja mcm cerita2 dalam televisyen hahaha.....

Lembaran ini hanya dicoretkan sekadar melepas rindu pada seni....

Sunday, 1 July 2018

Convocation Day 86 UiTM Kedah


Alhamdulillah tanggal 16 Mei 2017, segulung ijazah telah berjaya aku genggam. Sidang berlansung di Dewan Perdana UiTM Kedah. Ucapan terima kasih tak terhingga kepada kedua2 ibu bapa aku yang telah banyak memberi dorongan , sokongan dari pelbagai segi dari kecil hinggalah sekarang. Alhamdulillah tidak lupa kepada semua tenaga pengajar yang telah banyak memberi tunjuk ajar mencurahkan ilmu , rakan2, sahabat2 yang ku sayangi yang tidak pernah berhenti melayan karenah aku, dan terima kaish juga kepada org2 yang telah banyak terlibat dalam hidupku selama ini...Thanks a lot..Perancangan seterusnya aku ingin mencari kerja lain yang sesuai oleh kerana sekarang aku telah menyertai skim latihan 1 malaysia dibawah naungan Khazanah Nasional Berhad. Alhamdulillah boleh tambah pengalaman kan...


bestie since 2010

my first brother

my second sister

my sis in law

my dunia akhirat


my second brother n my grandma

sweet tak grandma saya

jantung hati saya

both of my sis in law
Sahabat Diploma-Degree
Kesayangan, kecintaan, kerinduan, kesatuan sehingga kami mesra dengan panggilan Seven-One-Bee. Padahal Seven-One-Bee tu nombor rumah sewa sahaja. Hehe. Tetapi nama itu cukup bermakna untuk kami semua..Walaupun kami kehilangan seorang sahabat atau ahli kami tidak pernah melupakan mu wahai sahabt...Al fatihah...Semoga ukhuwah kami berkekalan hingga ke syurga...Aminn...


Takdir Ilahi


Perginya seorang insan yang sangat aku sayangi, yang aku kagumi iaitu arwah Mak Lang aku Rohani Ibrahim. Perginya tanpa kami sedar tanpa kami duga arwah pergi dengan baik sekali. Ya Allah semoga roh arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang yang beriman...Amin..hanya doa yang mampu kami kirimkan buatmu di sana..Aminn...



Al fatihah......

Friday, 25 August 2017

Risau...





Saat memikirkan masa depan yang belum tentu kita ketahui...
Aku risau...risau jika aku gagal untuk capai apa yang aku impikan..
zaman global sekarang amat susah untuk mencari kerja...Duhai hati kuatlah dan berusahalah kearah destinasi yang ingin kau capai...
Tabah, kuat, usaha, doa dan tawakkal itu yang perlu kau sematkan di dalam hati...
Jodoh, pangkat, harta, dan lain-lain aku serahkan pada Ilahi...
Semoga aku berjaya capai apa yang aku kehendaki...


Wednesday, 21 June 2017

Raya Menjelang Tiba




Semangat bekerja hilang bila dekat-dekat nak raya ni, tambah2 orang yang jauh di perantauan kan. Aku takpa lah sebab negeri sebelah ja dengan kampung aku=Perlis-Kedah...hehe...Tapi semangat tu tak boleh nak kata apa lah bak orang kata tinggai 1% ja ni yg lagi 99% semangat nk raya nak balik kampung...Duhai orang yang diperantauan tabah lah hati bersabarlah , jangan kecewa...hehe apa2 pun Selamat pulang ke kampung halaman, semoga selamat sampai ke destinasi yang anda ingin tuju...Amin...

jom nyanyi lgu raya 

Perjalanan jauh tak ku rasa
Kerna hati ku melonjak sama
Ingin berjumpa sanak saudara
Yang selalu bermain di mata
Nun menghijau gunung ladang dan rimba
Langit nan tinggi bertambah birunya
Deru angin turut sama berlagu
Semuanya bagaikan turut gembira
Balik kampung oh oh…( 3X )
Hati girang
Ho ho… Balik kampung (3X)
Hati girang
Terbayang wajah-wajah yang ku sayang
Satu-satu tersemat di kalbu
Pasti terubat rindu di hati
Menyambut kepulangan ku nanti