Thursday, 20 December 2018

UjianMu


Dari benak hati yang terpencil

Saat kita diuji cubaan yang hebat, tanpa kita sedar ada orang lain yang diuji lagi hebat dari ujian kita. Namun masihkah kita sedar akan nasib dan perjalanan hidup kita lebih baik berbanding mereka. Mereka tiada tempat berteduh, tiada pakaian yang cantik, makanan tidak mencukupi dan sebagainya. Ya Allah hebatnya mereka boleh melalui nya dengan cekal dan tabah. Kita walau diuji sedikit kehilangan sudah berputus asa, terlalu berduka sehingga kita lupa dunia ini hanyalah sementara. Kita tidak seharusnya alpa. Dunia hanyalah pinjaman untuk seketika. Jadi bersyukurlah jika kamu diberi peluang untuk bernafas hari ini menghirup udara-udara segar, menikmati keindahan panorama ciptaan Allah dan meluangkan masa dengan ahli keluarga mahupun sahabat handal.

No comments:

Post a Comment