Friday, 21 December 2018

Kehilangan yang Pasti Diingati Selamanya oleh Semua

17 Disember 2018 Tarikh keramat bagi  Bomba Dan Penyelamat Malaysia diatas kehilangan sorang "wira" anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang Jaya, Muhammad Adib, 24, akibat diserang dan pukul hingga parah ketika rusuhan di tapak kuil Sri Maha Mariamman di USJ 25, Seafield, Subang Jaya 27 November 2018 lalu. 

Ya Allah sungguh sedih mendengar kematian beliau yang sungguh menyayat hati. Saat melihat kedua-dua ibu bapanya yang sedang menanti di Kampung halaman dan seorang tunang yang menunggu bakal suami nya untuk pulih kerana bagi melansungkan perkahwinan mereka beberapa hari sahaja lagi sebelum allahyarham Muhammad Adib meninggal dunia. Allahu Akbar semoga keluarga arwah kuat untuk menempuh dugaan ini. Aku hanya netizen pun menitis airmata setiap kali membaca, mendengar, melihat segala berita tentang kematiannya apatah lagi keluarga dan teman-teman rapatnya. 

“Sehingga kini, keadilan dan pembelaan terhadap Muhammad Adib belum dirungkai dan tiada tindakan lanjut seolah-olah ada ‘tangan ghaib’ melindungi pesalah yang membuat huru hara ketika rusuhan berkenaan. Aku cuma berharap kematian wira ini mendapat keadilan yang sewajarnya.  

No comments:

Post a Comment