17 Disember 2018 Tarikh keramat bagi Bomba Dan Penyelamat Malaysia diatas kehilangan sorang "wira" anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang Jaya, Muhammad Adib, 24, akibat diserang dan pukul hingga parah ketika rusuhan di tapak kuil Sri Maha Mariamman di USJ 25, Seafield, Subang Jaya 27 November 2018 lalu.
Ya Allah sungguh sedih mendengar kematian beliau yang sungguh menyayat hati. Saat melihat kedua-dua ibu bapanya yang sedang menanti di Kampung halaman dan seorang tunang yang menunggu bakal suami nya untuk pulih kerana bagi melansungkan perkahwinan mereka beberapa hari sahaja lagi sebelum allahyarham Muhammad Adib meninggal dunia. Allahu Akbar semoga keluarga arwah kuat untuk menempuh dugaan ini. Aku hanya netizen pun menitis airmata setiap kali membaca, mendengar, melihat segala berita tentang kematiannya apatah lagi keluarga dan teman-teman rapatnya.
“Sehingga kini, keadilan dan pembelaan terhadap Muhammad Adib belum dirungkai dan tiada tindakan lanjut seolah-olah ada ‘tangan ghaib’ melindungi pesalah yang membuat huru hara ketika rusuhan berkenaan. Aku cuma berharap kematian wira ini mendapat keadilan yang sewajarnya.
Friday, 21 December 2018
Thursday, 20 December 2018
UjianMu
Dari benak hati yang terpencil
Saat kita
diuji cubaan yang hebat, tanpa kita sedar ada orang lain yang diuji lagi hebat
dari ujian kita. Namun masihkah kita sedar akan nasib dan perjalanan hidup kita
lebih baik berbanding mereka. Mereka tiada tempat berteduh, tiada pakaian yang
cantik, makanan tidak mencukupi dan sebagainya. Ya Allah hebatnya mereka boleh
melalui nya dengan cekal dan tabah. Kita walau diuji sedikit kehilangan sudah
berputus asa, terlalu berduka sehingga kita lupa dunia ini hanyalah sementara.
Kita tidak seharusnya alpa. Dunia hanyalah pinjaman untuk seketika. Jadi
bersyukurlah jika kamu diberi peluang untuk bernafas hari ini menghirup
udara-udara segar, menikmati keindahan panorama ciptaan Allah dan meluangkan
masa dengan ahli keluarga mahupun sahabat handal.
Sunday, 2 December 2018
Jodoh adalah rahsia Allah
Based on observation yang kita tengok mungkin ramai yang berkahwin atas dasar cinta sama cinta, ada pula yang atas dasar keluarga namun kedua-dua itu adalah aturan dari Allah. So kita tidak boleh nak menidakkan takdir. Setengah orang still menunggu datangnya jodoh tanpa berusaha mencarinya. Mungkin dengan pengalaman yang pernah dilaluinya membuat mereka menjadi malas untuk mencari atau mencuba mereka hanya mengharapkan jodoh dari Allah.
Usah digusari siapa jodoh anda, sesungguhnya ianya aturan dari yang Maha Esa. Berdoalah semoga dikurniakan jodoh yang baik. Aminn...
Saturday, 17 November 2018
Gugurnya Airmata
Kali ini aku menulis halaman ini dengan rasa dan perasaan yang amat kecewa. Hanya Allah yang lebih mengetahui segalanya dengan apa yang berlaku. Ya Allah 17/11/2018 telah meragut hatiku membuat aku menitis airmata oleh kerana dia, dia yang aku sayangi. Kenapa mesti terjadi macamni sedangkan kau tak pernah pun tunjuk tanda-tanda yang boleh buat aku curiga. Akhirnya melalui pertolongan Allah perkara itu diketahui oleh aku. Perkara yang amat sedih yang membuat hatiku menjerit dan menangis. Tiada apa yang dapat ku nyatakan Ya Allah selain menangis . Mungkin korang tertanya-tanya kenapa dan apa yang dia telah buat kepadaku...Biarlah ia menjadi rahsia antara aku dan dia dan kawan-kawan yang mengetahui. Aku hanya berharap semoga aku sentiasa dibawah lindungan Allah dan sentiasa hidup dalam keberkatan . Aminn....
Rezeki Dari Allah
Last post aku ada mention aku hanya pekerja separuh masa di satu tempat ni, finally alhamdulillah aku diterima sebagai pekerja sepenuh masa di situ. Syukur sangat selaku graduan menganggur zaman ini susah nak cari kerja. Hanya sebagai Asisstant Manager aku terima tawaran tersebut.
Itulah orang katakan rezeki tu dari Allah , bersyukurlah apa pun rezekimu...Rezekiku kali ini hanyalah ditempat kelahiran tambahan lagi dekat juga dengan rumah sendiri. dekat dengan family...Alhamdulillah...
Itulah orang katakan rezeki tu dari Allah , bersyukurlah apa pun rezekimu...Rezekiku kali ini hanyalah ditempat kelahiran tambahan lagi dekat juga dengan rumah sendiri. dekat dengan family...Alhamdulillah...
Monday, 2 July 2018
Bila jari menari
Tatkala kesunyian, kebingungan dan dihimpit pelbagai masalah jari ku lebih suka untuk mencoret di atas lembaran mahupun menari diatas keyboard. Sememangnya aku bukannya keturunan darah seni tapi aku cenderung dan berminat ke arah aliran ini. ia dapat memberi aku kepuasan seolah-olah melepaskan apa yang aku hajati dan aku pendami. Aku juga pernah berazam untuk menghasilkan manuskrip-manuskrip tetapi aku tidak mempunyai masa walaupun aku hanya seorang pekerja separuh masa. hehe.inshaallah nanti kalau bekesempatan nak menulis jugak lah cerpen ke...mana lah tau nanti boleh buat novel sendiri...kan..lagipun cerita cinta i lebih kurang ja mcm cerita2 dalam televisyen hahaha.....
Lembaran ini hanya dicoretkan sekadar melepas rindu pada seni....
Sunday, 1 July 2018
Convocation Day 86 UiTM Kedah
Alhamdulillah tanggal 16 Mei 2017, segulung ijazah telah berjaya aku genggam. Sidang berlansung di Dewan Perdana UiTM Kedah. Ucapan terima kasih tak terhingga kepada kedua2 ibu bapa aku yang telah banyak memberi dorongan , sokongan dari pelbagai segi dari kecil hinggalah sekarang. Alhamdulillah tidak lupa kepada semua tenaga pengajar yang telah banyak memberi tunjuk ajar mencurahkan ilmu , rakan2, sahabat2 yang ku sayangi yang tidak pernah berhenti melayan karenah aku, dan terima kaish juga kepada org2 yang telah banyak terlibat dalam hidupku selama ini...Thanks a lot..Perancangan seterusnya aku ingin mencari kerja lain yang sesuai oleh kerana sekarang aku telah menyertai skim latihan 1 malaysia dibawah naungan Khazanah Nasional Berhad. Alhamdulillah boleh tambah pengalaman kan...
![]() |
bestie since 2010 |
![]() |
my first brother |
![]() |
my second sister |
![]() |
my sis in law |
![]() |
my dunia akhirat |
![]() |
my second brother n my grandma |
![]() |
sweet tak grandma saya |
![]() |
jantung hati saya |
![]() |
both of my sis in law |
Takdir Ilahi
Perginya seorang insan yang sangat aku sayangi, yang aku kagumi iaitu arwah Mak Lang aku Rohani Ibrahim. Perginya tanpa kami sedar tanpa kami duga arwah pergi dengan baik sekali. Ya Allah semoga roh arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang yang beriman...Amin..hanya doa yang mampu kami kirimkan buatmu di sana..Aminn...
Al fatihah......
Subscribe to:
Posts (Atom)